Solat – Indraputra (Tok Putra AI) https://indraputra.ai Kepimpinan Tradisi, Solusi Teknologi Sun, 07 Sep 2025 22:18:56 +0000 en-US hourly 1 https://indraputra.ai/wp-content/uploads/2023/08/cropped-cropped-cropped-ai-icon2-1-150x150.png Solat – Indraputra (Tok Putra AI) https://indraputra.ai 32 32 Kelebihan Solat Sunat Dhuha https://indraputra.ai/kelebihan-solat-sunat-dhuha/ Fri, 17 Nov 2023 15:05:32 +0000 https://indraputra.ai/?p=3734

عَنْ نُعَيْمِ بْنِ هَمَّارٍ الْغَطَفَانِيِّ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ يَا ابْنَ آدَمَ لَا تَعْجِزْ عَنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ مِنْ أَوَّلِ النَّهَارِ أَكْفِكَ آخِرَهُ

Dari Nu’aim bin Hammar Al Ghothofani bahawa ia mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah Azzawajalla berfirman; Wahai anak Adam, janganlah engkau tinggalkan empat rakaat solat di awal siang (di waktu Dhuha) nescaya Aku akan mencukupimu pada petang harinya’.” (HR Ahmad No: 21431) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

  1. Allah memberi kelebihan kepada hambanya yang meraikan waktu yang penting (waktu dhuha) dengan mendirikan solat sunat dhuha.
  2. Orang yang melaksanakan solat sunat Dhuha empat rakaat akan diberikan kecukupan padanya. Antaranya:

a. Solat Dhuha akan menyelamatkan pelakunya dari pelbagai perkara yang membahayakan. Juga dimaksudkan bahawa solat Dhuha dapat menjaga dirinya dari terjerumus dalam dosa atau ia akan dimaafkan jika terjerumus di dalamnya. Atau maknanya boleh lebih luas dari itu. (Kitab ‘Aunul Ma’bud, (4: 118) Syarah Sunan Abu Daud)

b. At Thibiy berkata: Iaitu engkau akan diberi kecukupan dalam kesibukan dan urusanmu, serta akan dihilangkan dari hal-hal yang tidak disukai setelah engkau solat hingga akhir siang.

c. Juga membawa maksud, Allah akan mudahkan urusanmu hingga di akhir siang.” (Tuhfatul Ahwadzi, 2: 478).

Carilah sedikit waktu di pagi hari seperti pada waktu rehat 5 hingga 10 minit untuk melakukan solat sunat Dhuha.

]]>