Selawat Maulidur Rasul
Teks penuh Selawat Maulidur Rasul yang biasa dibaca beramai-ramai dalam majlis sambutan Maulid Nabi SAW: tulisan Arab, bacaan rumi dan maksud, bait demi bait. Sesuai dibuka terus di telefon semasa majlis.
Teks Arab (jawi), rumi dan maksud
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Sollallahu 'ala Muhammad
Sollallahu 'alaihi wasallam
Sollallahu 'ala Muhammad
Sollallahu 'alaihi wasallam
Selawat Allah ke atas Muhammad
Selawat salam dipohon lagi
Selawat Allah ke atas Muhammad
Selawat salam dipohon lagi
يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ
Ya Nabi salamun 'alaika
Ya Rasul salamun 'alaika
Ya Habib salamun 'alaika
Solawatullah 'alaika
Wahai Nabi, salam atasmu
Wahai Rasul, salam atasmu
Wahai kekasih, salam atasmu
Selawat Allah ke atasmu
أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ
Asyroqol badru 'alaina
Fakhtafat minhul buduru
Misla husnika ma ro-aina
Qottu ya wajhas-sururi
Bulan purnama menyinari kita
Hilang segala cahaya
Indah menawan tak pernah dilihat
Wajah gembira sepanjang hayat
أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ
Anta syamsun anta badrun
Anta nurun fauqa nurin
Anta iksirun wa ghali
Anta misbahus-suduri
Kaulah matahari, kaulah bulan
Kaulah cahaya mengatasi cahaya
Kaulah rahsia hidup mulia
Kaulah menyuluhi jiwa
يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ
Ya habibi ya Muhammad
Ya 'arusal khofiqoini
Ya muayyadu ya mumajjad
Ya imamal qiblataini
Wahai kekasihku, ya Muhammad
Wahai pendamping indah sejagat
Wahai Nabi dijulang dipuja
Wahai imam dua kiblat
مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ
Man ro-a wajhaka yas'ad
Ya karimal walidaini
Haudhukas sofil mubarrad
Wirduna yauman nusyuri
Bahagialah orang memandang wajahmu
Wahai penghulu keturunan mulia
Kolam airmu sejuk jernih
Kunjungi kami pada hari akhirat
مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ
Ma ro-ainal 'isa hannat
Bis-suro illa ilaika
Wal-ghomamah qod azollat
Wal-mala sollu 'alaika
Sepanjang malam unta berjalan
Tiada berhenti rindukanmu
Engkau dipayungi awan putih
Dan Malaikat sama berselawat
عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ
'Alimus-sirri wa akhfa
Mustajibud-da'awati
Robbirhamna jami'an
Bijami'is-solihati
Allah mengetahui rahsia sulit
Dialah menyahut semua seruan
Wahai Tuhan, rahmatilah kami
Dengan segala amalan soleh
وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ
Wa solatullah 'ala Ahmad
'Adda tahriris-suturi
Ahmadul hadi Muhammad
Sohibul wajhil muniri
Selawat Allah ke atas Muhammad
Sebanyak baris kertas ditulis
Ahmad Muhammad petunjuk jalan
Empunya wajah berseri menawan
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Sollallahu 'ala Muhammad
Sollallahu 'alaihi wasallam
Sollallahu 'ala Muhammad
Sollallahu 'alaihi wasallam
Selawat Allah ke atas Muhammad
Selawat salam dipohon lagi
Selawat Allah ke atas Muhammad
Selawat salam dipohon lagi
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ
Allahumma solli wa sallim wa barik 'alaih
Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya
Mencari “selawat Maulidur Rasul jawi”? Tulisan yang biasanya dimaksudkan ialah teks Arab berbaris di atas. Kami tidak menemui versi jawi (bahasa Melayu dalam tulisan jawi) yang diterbitkan oleh badan rasmi.
Muat turun PDF
Teks Arab, rumi dan maksud Selawat Maulidur Rasul dalam satu fail untuk dicetak atau dikongsi: Selawat Maulidur Rasul (PDF).
Bila dibaca
Susunan ini ialah gabungan selawat, salam dan bait qasidah memuji Nabi SAW. Ia biasa dibaca beramai-ramai dalam majlis sambutan Maulidur Rasul dan semasa perarakan Maulid.
Ada majlis yang mengulang Sollallahu ‘ala Muhammad selepas setiap bait. Susunan di atas mengikut risalah PERKIM: rangkap pembuka di awal dan diulang sebelum penutup.
Perintah berselawat dalam al-Quran
إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّ ۚ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ صَلُّوا۟ عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا۟ تَسْلِيمًا
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (Q.S. Al-Ahzab: 56)
Sumber teks
- Teks Arab, susunan dan maksud: PERKIM, Selawat Kepada Nabi Muhammad Sempena Maulidur Rasul (PDF)
- Salinan teks JAKIM yang boleh disalin: Siraplimau, Teks Selawat Maulidur Rasul