Zikir Harian Selepas Solat Fardu
Bacaan zikir selepas solat fardu mengikut hadis sahih: tulisan Arab, bacaan rumi, maksud dan bilangan bacaan, disusun ikut turutan. Boleh dibuka terus di telefon selepas memberi salam.
Teks Arab (jawi), rumi dan maksud
أَسْتَغْفِرُ اللّٰهَ
Astaghfirullah
Aku memohon ampun kepada Allah.
اَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ
تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ
Allahumma antas-salam wa minkas-salam,
tabarakta dzal jalali wal ikram.
Ya Allah, Engkaulah as-Salam (Yang Maha Sejahtera) dan daripada-Mu datangnya kesejahteraan.
Maha Berkat Engkau, wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kemuliaan.
لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ
لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
اللَّهُمَّ لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ
وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ
وَلَا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ
La ilaha illallahu wahdahu la syarika lah,
lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir.
Allahumma la mani'a lima a'thoita,
wa la mu'thiya lima mana'ta,
wa la yanfa'u dzal jaddi minkal jaddu.
Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya,
bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
Ya Allah, tiada siapa yang dapat menghalang apa yang Engkau berikan,
dan tiada siapa yang dapat memberi apa yang Engkau tahan,
serta tiada manfaat bagi seseorang yang memiliki kekayaan (kedudukan atau kemuliaan), kerana kekayaan itu tidak dapat menolongnya daripada-Mu.
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ
لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ إِلَّا إِيَّاهُ
لَهُ النِّعْمَةُ وَلَهُ الْفَضْلُ وَلَهُ الثَّنَاءُ الْحَسَنُ
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
La ilaha illallahu wahdahu la syarika lah,
lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir.
La haula wa la quwwata illa billah.
La ilaha illallahu wa la na'budu illa iyyah,
lahun ni'matu wa lahul fadhlu wa lahuts tsana-ul hasan.
La ilaha illallahu mukhlisina lahud din wa lau karihal kafirun.
Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya,
bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan (pertolongan) Allah.
Tiada tuhan melainkan Allah, dan kami tidak menyembah selain Dia.
Milik-Nya segala nikmat, milik-Nya segala kurnia, dan bagi-Nya pujian yang baik.
Tiada tuhan melainkan Allah; kami mengikhlaskan agama (ibadah) hanya untuk-Nya, walaupun orang-orang kafir membencinya.
سُبْحَانَ اللّٰهِ
Subhanallah
Maha Suci Allah.
اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ
Alhamdulillah
Segala puji bagi Allah.
اَللّٰهُ أَكْبَرُ
Allahu akbar
Allah Maha Besar.
لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ
لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
La ilaha illallahu wahdahu la syarika lah,
lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir.
Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya,
bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
اَللّٰهُ لَآ اِلٰهَ اِلَّا هُوَۚ اَلْحَيُّ الْقَيُّوْمُ ەۚ
لَا تَأْخُذُهٗ سِنَةٌ وَّلَا نَوْمٌۗ
لَهٗ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَمَا فِى الْاَرْضِۗ
مَنْ ذَا الَّذِيْ يَشْفَعُ عِنْدَهٗٓ اِلَّا بِاِذْنِهٖۗ
يَعْلَمُ مَا بَيْنَ اَيْدِيْهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْۚ
وَلَا يُحِيْطُوْنَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهٖٓ اِلَّا بِمَا شَاۤءَۚ
وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضَۚ
وَلَا يَـُٔوْدُهٗ حِفْظُهُمَاۚ
وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيْمُ
Allahu la ilaha illa huwal hayyul qayyum,
la ta'khudzuhu sinatuw wa la naum,
lahu ma fis samawati wa ma fil ardh,
man dzal ladzi yasyfa'u 'indahu illa bi-idznih,
ya'lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum,
wa la yuhithuna bisyai-im min 'ilmihi illa bima sya',
wasi'a kursiyyuhus samawati wal ardh,
wa la ya-uduhu hifzhuhuma,
wa huwal 'aliyyul 'azhim.
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).
Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.
Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.
Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
قُلْ هُوَ اللّٰهُ اَحَدٌۚ
اَللّٰهُ الصَّمَدُۚ
لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُوْلَدْۙ
وَلَمْ يَكُنْ لَّهٗ كُفُوًا اَحَدٌ
Bismillahir rahmanir rahim
Qul huwallahu ahad,
Allahus somad,
lam yalid wa lam yulad,
wa lam yakul lahu kufuwan ahad.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
قُلْ اَعُوْذُ بِرَبِّ الْفَلَقِۙ
مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَۙ
وَمِنْ شَرِّ غَاسِقٍ اِذَا وَقَبَۙ
وَمِنْ شَرِّ النَّفّٰثٰتِ فِى الْعُقَدِۙ
وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ اِذَا حَسَدَ
Bismillahir rahmanir rahim
Qul a'udzu birabbil falaq,
min syarri ma khalaq,
wa min syarri ghasiqin idza waqab,
wa min syarrin naffatsati fil 'uqad,
wa min syarri hasidin idza hasad.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,
"Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan;
"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;
"Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);
"Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
قُلْ اَعُوْذُ بِرَبِّ النَّاسِۙ
مَلِكِ النَّاسِۙ
اِلٰهِ النَّاسِۙ
مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ ەۙ الْخَنَّاسِۖ
الَّذِيْ يُوَسْوِسُ فِيْ صُدُوْرِ النَّاسِۙ
مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ
Bismillahir rahmanir rahim
Qul a'udzu birabbin nas,
malikin nas,
ilahin nas,
min syarril waswasil khannas,
alladzi yuwaswisu fi sudurin nas,
minal jinnati wan nas.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
"Yang Menguasai sekalian manusia,
"Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
"Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -
"Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -
"(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".
Mencari “zikir selepas solat jawi”? Tulisan yang biasanya dimaksudkan ialah teks Arab berbaris di atas. Kami tidak menemui versi jawi (bahasa Melayu dalam tulisan jawi) yang diterbitkan oleh badan rasmi.
Dalil setiap bacaan
- Istighfar 3 kali dan Allahumma antas-salam: Rasulullah SAW apabila selesai solat beristighfar tiga kali, kemudian membaca Allahumma antas-salam (Sahih Muslim 591).
- Tahlil Allahumma la mani’a: dibaca Nabi SAW selepas setiap solat fardu (Sahih al-Bukhari 844, Sahih Muslim 593).
- Tahlil la haula wa la quwwata: Ibn al-Zubair menyebut Rasulullah SAW bertahlil dengannya selepas setiap solat (Sahih Muslim 594).
- Tasbih, tahmid dan takbir 33 kali, digenapkan 100 dengan tahlil: sesiapa membacanya selepas setiap solat diampunkan kesalahannya walaupun sebanyak buih di lautan (Sahih Muslim 597). Ada juga riwayat sahih yang menjadikan takbir 34 kali (Sahih Muslim 596).
- Ayat al-Kursi: sunat dibaca selepas solat fardu berdasarkan hadis Abu Umamah (Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Irsyad al-Hadith siri ke-136).
- Al-Mu’awwidhat: Rasulullah SAW menyuruh ‘Uqbah bin ‘Amir membaca al-Mu’awwidhat selepas setiap solat (Sunan Abi Dawud 1523).
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, berzikir dan berdoa selepas solat fardu ialah amalan yang digalakkan, jadi tidak perlu tergesa-gesa bangun selepas memberi salam.
Muat turun PDF
Teks Arab, rumi dan maksud Zikir Selepas Solat Fardu dalam satu fail untuk dicetak atau dikongsi: Zikir Selepas Solat Fardu (PDF).
Sumber teks
- Hadis (teks Arab dan nombor): Sahih Muslim 591
- Sahih al-Bukhari 844
- Sahih Muslim 594
- Sahih Muslim 597
- Sunan Abi Dawud 1523
- Maksud tahlil la mani’a: Dr Zulkifli al-Bakri, Zikir Selepas Solat
- Teks dan maksud ayat al-Quran: Quran.com, terjemahan Abdullah Basmeih (Tafsir Pimpinan Ar-Rahman)
- Panduan: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Al-Kafi #713
- Ayat al-Kursi selepas solat: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Irsyad al-Hadith siri ke-136